Tujuan Hidup
Mengapa manusia wujud di dunia ini?
Untuk apa? Apa tujuan
hidup manusia di dunia ini?
Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini? Sebahagian
orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan
di atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup
kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu
yang rutin dan membosankan.
Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak
dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang
– kurangnya tidak bisa berada di tempat gelap.
Mengapa?
Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak
tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau
tidak.
Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was,
ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu
memasuki ruangan yang gelap.
Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi
keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak
tahu apa yang akan terjadi setelah mati.
Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia
dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai
kematian. Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia
akan kekal di dalamnya.
Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja
tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.
Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang
dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan
merasa tidak tenang.
Mengapa tidak tenang? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat
tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup
ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu
masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang
musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan
bunuh diri.
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di
muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan
untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)
Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai
yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh
kepada semua perintah Tuannya.
Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian
perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk
dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari
dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.
Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai
tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus
memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.
Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama
solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia
lima kali dalam sehari.
Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca sebahagian surah
Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah
Penutup
Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang
diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh
manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.
“Dan sungguh telah Kami muliakan
anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka
rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas
makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ :
70)
sumber : akuislam.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar